1) Teori Pembelajaran Sosial.
- Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan menirunya dari dewasa atau orang lain.Contohnya, kanak-kanak yang mendengar orang dewasa memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata yang kesat, ia akan menirunya dan melakukan yang sama pada orang lain. Begitu juga sekiranya kanak-kanak yang sering mendengar ucapan terima kasih dari orang dewasa atau rakannya, ia juga akan mengucapkannya.
- Seorang pendidik atau pengasuh perlu menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak. Elakkan dari perbuatan menjerit dan memarahi kanak-kanak. Perbuatan ini akan diperhati dan ditiru oleh kanak-kanak, kerana pendidik atau pengasuh merupakan modal tingkah laku kanak-kanak.
- Teori ini menyatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan boleh dibahagi kepada dua iaitu pengukuhan positif atau pengukuhan negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya.
- Pendidik perlu memberikan lebih banyak pengukuhan kepada tingkah laku yang positif berbanding dengan tingkah laku yang bermasalah. Selalunya kanak-kanak yang bertingkah laku baik dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
- Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Jika kita melebel kanak-kanak sebagai nakal maka kanak-kanak itu akan menjadi nakal. Jika kita melebel kanak-kanak itu baik maka kanak-kanak itu akan menjadi baik.
No comments:
Post a Comment