Ibu mengandung juga perlu menjaga pemakanan mereka bagi menjauhkan diri dari teratogen seperti asap rokok, dadah, arak, bahan toksik di persekitaran, mengurangkan aktiviti fizikal berat yang tidak bersesuaian dan aktiviti yang memberi teakanan. Bakal ibu perlu memastikan mereka telah mendapat pelalian rubella sebelum kehamilan bagi mengelakkan bayi yang dilahirkan mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran dan kerencatan akal. Ubat-ubatan yang diambil oleh ibu mengandung dan radiasi sinar x juga boleh menjadi punca ketidakupayaan.
Cerebral palsi atau kerosakan otak boleh berlaku di peringkat kandungan dan sewaktu proses kelahiran. Implikasinya adalah kanak-kanak berkeadaan lemah dan amat susah untuk bergerak. Ketidakupayaan ini juag boleh berpunca daripada penyakit dialami dan kemalangan selepas kelahiran.
Kanak-kanak awal umur boleh dikesan mempunyai keperluan khas melalui pelbagai tanda awal, antaranya ialah dari aspek:
- fizikal
- mata yang tidak jernih atau tidak bersinar
- tidak suka atau tidak mahu melihat mata orang lain
- hanya suka barang permainan tertentu sahaja
- tidak boleh menguasai atau sangat lambat dalam penguasaan bahasa sehari-hari
- hanya boleh mengulangi beberapa perkataan sahaja
- tidak suka berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka
No comments:
Post a Comment