Wednesday, December 4, 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK

Untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak, bantuan daripada semua pihak sangat diperlukan. Ibu bapa yang menjadi punca utama penderaan kanak-kanak perlu diberikan banyak bantuan untuk mengurangkan kes-kes penderaan. Suami isteri haruslah mengambil khusus-khusus pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama setelah mereka berkahwin. Mereka harus sedar tanggungjawab untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia sebagai seorang ibu bapa. Mereka akan didedahkan cara menjaga anak mereka dan melayan pasangan mereka dengan baik melalui pendidikan ini. Ibu bapa juga mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjadi teladan yang baik kepada anak mereka. Apabila menghadapi tekanan, mereka harus menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling supaya tidak melepaskan tekanan mereka kepada pasangan dan anaknya.
Langkah kedua ialah guru-guru disekolah harus sentiasa memberi perhatian kepada murid apabila mendapati perubahan yang besar berlaku kepada seseorang murid. Guru perlu memberi kasih sayang kepada murid supaya mereka dapat meluahkan perasaan dan masalah mereka jika penderaan berlaku. Pihak sekolah pula boleh mencari pihak jawatan kuasa seperti polis juga mendapati kes penderaan berlaku kepada seorang murid. Pihak sekolah juga haruslah memupuk guru kaunseling suapaya bersabar dan berteliti supaya mendapat kepercayaan murid-murid.
Langkah yang ketiga ialah peranan masyarakat dalam mengatasi masalah penderaan kanak-kanak juga penting. Masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Kita perlu membuang sikap yang mementingkan diri sendiri. Jika mendapati ada kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di sekeliling kita, kita hendaklah mengambil tindakan segera dan bukan memikirkan perkara ini dan boleh diabaikan. Masyarakat juga harus peka dengan keadaan sekeliling dan segera melaporkan kepada polis apabila mengesankan kes penderaan kanak-kanak berlaku. Selain daripada itu, masyarakat juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian, supaya masyarakat kita menjadi orang yang mulia dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.
Langkah-langkah yang terakhir ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada orang berani menjalankan penderaan kanak-kanak. Pendera yang bersalah harus dijatuhkan hukuman yang berak untuk mengingatkan masyarakat tentang akibat seseorang melakukan jenayah ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan "Kempen Keluarga Bahagia" untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam menubuhkan sebuah keluarga yang bahagia. 

1 comment: