Unit ini memperkenalkan pengesanan awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pengesanan awal kanak-kanak amat penting bagi membantu kanak-kanak dan wajar dilakukan seawal usia mereka. Pengesanan pada waktu bayi baru lahir biasa dilakukan oleh doktor menerusi Ujian Appearance Pulse Grimace Activity Respiratory (APGAR). Pengesanan ini dilakukan dalam tempoh masa selepas bayi dilahirkan sehingga bayi berusia dua minggu. Pengesanan bayi juga bleh dilakukan apabila bayi lahir hingga bayi berusia dua tahun melalui ujian deria bagi menilai tahap pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Ujian deria dapat menentukan tahap pendengaran yang melibatkan pantulan moro (keadaan terkejut bila diberi rangsangan) dan tindak balas terhadap bunyi, suara atau kerincing.
Ujian deria juga dapat mengesan tahap penglihatan bayi. Jika kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti tidak mengelip mata dan gagal untuk mengekori pergerakan cahaya maka kes ini perlu dirujuk untuk ujian susulan pula. Ujian deria bagi menentukan tahap sentuhan boleh dikesan apabila kanak-kanak mengelak daripada dipeluk, melentikkan badannya apabila dipeluk dan tidak menunjukkan perkembangan yang seharusnya mengikut milestones perkembangan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment