Friday, November 15, 2019

DEFINISI TINGKAH LAKU




Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara langsung atau tidak, secara tidak sedar atau separuh sedar. Iman Al-Ghazali pula menyatakan bahawa tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Beliau menekankan bahawa setiap tingkah laku manusia atau kanak-kanak adalah berasaskan dorongan dan tujuan. 
Umumnya tingkah laku boleh didefinisikan sebagai aktiviti atau perilaku atau gerak geri seseorang individu yang boleh dilihat atau diperhatikan oleh orang lain. Ianya merangkumi aktiviti fizikal seperti berlari, bercakap atau menggunakan bahasa isyarat, aktiviti membaca dan menulis, aktiviti bermain sambil berkongsi atau berkerjasama, aktiviti rutin seperti makan dan tidur.

Tuesday, November 12, 2019

FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAIT RAPAT DENGAN MASALAH TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi tigkah laku kanak-kanak seperti faktor fizikal, sosioemosi, kognitif dan bahasa.

1) Fizikal
  • Sakit
  • Keletihan
  • Lapar atau tidak cukup makan
  • Kurang aktiviti fizikal menyebabkan restless
  • Ketidakupayaan fizikal
  • Masalah deria
  • Diabaikan atau didera
 2) Sosioemosi
  • Kurang kasih sayang, penjagaan dan penerimaan
  • Tertekan
  • Rasa kecewa
  • Kuarang keyakinan diri dan kendiri yang rendah
  • Takut atau kebimbangan yang melampau
  • Kemiskinan dan kesengsaraan
3) Kognitif dan Bahasa
  • Masalah bahasa menyebabkan sukar untuk meluahkan perasaan dan kemarahan
  • Masalah pembelajaran
  • Kurang daya tumpuan
  • Rangsangan berlebihan
  • Sentiasa gagal atau gagal yang berterusan 

Sunday, November 10, 2019

TEORI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


1) Teori Pembelajaran Sosial. 
  • Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan menirunya dari dewasa atau orang lain.Contohnya, kanak-kanak yang mendengar orang dewasa memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata yang kesat, ia akan menirunya dan melakukan yang sama pada orang lain. Begitu juga sekiranya kanak-kanak yang sering mendengar ucapan terima kasih dari orang dewasa atau rakannya, ia juga akan mengucapkannya. 
  • Seorang pendidik atau pengasuh perlu menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak. Elakkan dari perbuatan menjerit dan memarahi kanak-kanak. Perbuatan ini akan diperhati dan ditiru oleh kanak-kanak, kerana pendidik atau pengasuh merupakan modal tingkah laku kanak-kanak.
2) Teori Tingkah Laku.
  • Teori ini menyatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan boleh dibahagi kepada dua iaitu pengukuhan positif atau pengukuhan negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya. 
  • Pendidik perlu memberikan lebih banyak pengukuhan kepada tingkah laku yang positif berbanding dengan tingkah laku yang bermasalah. Selalunya kanak-kanak yang bertingkah laku baik dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
3) Teori Self-fulfilling Prophecy
  • Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi  tingkah laku kanak-kanak. Jika kita melebel kanak-kanak sebagai nakal maka kanak-kanak itu akan menjadi nakal. Jika kita melebel kanak-kanak itu baik maka kanak-kanak itu akan menjadi baik.

Friday, November 8, 2019

MENGENALI DAN MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


Cara menunjukkan pengiktirafan:

1) Beri senyuman untuk menunjukkan penerimaan atau persetujuaan.
2) Beri pelukkan atau sentuhan pada bahu atau tangan.
3) Beri pujian, dorongan, kata-kata positif untuk menunjukan rasa bangga walaupun pada perkara yang sangat kecil, ataupun bagi usaha yang telah ditunjukkan(walaupun tidak berjaya).
4) Beri tahu kepada rakan-rakan, dan ibu bapa dihadapan kanak-kanak.
5) Minta rakan tepuk tangan.

Thursday, November 7, 2019

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


1) Tingkah laku yang boleh dilihat (overt): merupakan tingkah laku fizikal atau verbal yang mana maksud atau sebabnya jelas. Orang lain dapat faham perbuatannya. Contohnya, kanak-kanak memanjat gelongsor, kita tahu tujuannya hendak memanjat gelongsor.
2) Tingkah laku yang tidak boleh dilihat (covert): merupakan perbuatan atau gerak geri kanak-kanak yang kita tidak diketahui maksud atau tujuannya. Contohnya seorang kanak-kanak memusingkan meja (meja yang boleh berpusing) kemudian meletakkan botol susunya di atas meja yang berpusing, mengambilnya kembali dan kemudian mengulangi perbuatan tadi. Tiada siapa yang tahu tujuan kanak-kanak melakukan perbuatan tersebut. 

Tuesday, November 5, 2019

JENIS GANGGUAN TINGKAH LAKU

1) Tingkah laku agresif dan antisosial
  • Memukul
  • Menggigit
  • Membaling objek pada orang lain
  • Mencederakan orang lain 
  • Menggunakan bahasa yang kesat dan kasar
  • Mengejek
  • Enggan berkongsi barang
  • Merasuah iaitu cuba mendapatkan persahabatan sesuatu dengan menggunakan duit
  • Mencuri 
  • Sering tidak mahu mengikut arahan yang diberi
 2) Tingkah laku yang menimbulkan gangguan
  • Mengoyak buku
  • Memecahkan dan merosakkan permainan atau alatan
  • Membuang mainan
  • Merosakkan kerja orang lain
 3) Tingkah laku kebergantungan
  • Menghisap jari
  • Kecing dalam seluar
  • Tidak mahu berenggang
  • Minta perhatian
  • Merengek
  • Menagis bila ditinggalkan
  • Berperangai
  • Tidak selaras dengan umurnya

Sunday, November 3, 2019

RUMUSAN

Apabila menangani masalah tingkah laku pendidik perlu memahami bagaimana kanak-kanak mendapat tingkah laku itu, adakah tingkah laku itu bermasalah atau memang itu sebahagian ciri-ciri kanak-kanak. Adalah lebih mudah mendisiplinkan kanak-kanak sekirannya mereka rasa disayangi terutama sekali apabila masalah tingkah laku itu berpunca dari kekurangan kasih sayang dalam tangki emosi kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu tangani dengan baik dan betul. Membiarkan tingkah laku bermasalah tanpa ditangani atau menangani tinglah laku dengan cara yang salah seperti sama ada terlalu kasar atau secara acuh tak acuh, kemungkinan akan menyebabkan masalah tingkah laku menjadi lebih rumit apabila usia kanak-kank meningkat kelak. Kita perlu mendisiplinkan kanak-kanak ke arah tingkah laku yang baik, tetapi bukan melalui hukuman.