Tuesday, December 10, 2019

ABOUT US



Assalamualaikum semua! Selamat datang ke blog kami. Kami dari pelajar batch 9 yang belajar di Kolej Ketengah, Terengganu telah membuat blog dengan hasil kajian yang kami cari. Kami disini mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Di sini kami berkongsi tentang kanak-kanak iaitu penderaan kanak-kanak, tingkah laku kanak-kanak dan berkeperluan khas. Kami harap perkongsian kami dapat digunakan untuk anda semua.

Nama ahli kumpulan:
  • Nor Sya'irah Binti Mahadi
  • Nur Shahira Binti Razali
  • Nur Alyafarzana Binti Alias
  • Nuraini Atira Binti Aziz
Kami telah diberikan tugas untuk menyiapkan tugasan subjek KPK 2163 Teknologi Dan Komunikasi Sebagai Alat Rangsangan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak membuat dan mencipta blog ini. Kami harap anda semua dapat memberikan sokongan kepada tugasan kami!😇😍😎

Monday, December 9, 2019

PENGENALAN PENDERAAN KANAK-KANAK




Anak-anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai kepada ibu bapa. Bayi yang baru lahir diibaratkan sebagai kain putih yang memerlukan orang dewasa iaitu ibu bapa melakar untuk menjadi sebuah lukisan yang ceria dan indah supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna kepada negara. Kanak-kanak merupakan masa depan manusia kerana tiada orang boleh hidup berabadi. Namun, ada manusia yang tidak menghargai anugerah ini. Mereka menjaga anak-anak dengan sesuka hati ataupun langsung tidak menjaga anak-anak mereka. Pada era globalisasi kini, kita sering disajikan dengan kes-kes penderaan yang berlaku pada masa yang terdekat ini. Kita sering melihat kes-kes penderaan disiarkan didalam akhbar, media massa dan corong-corong radio. Orang yang berperikemanusiaan akan berasa marah dan sedih dengan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Penderaan terbahagi kepada 3 jenis iaitu penderaan fizikal,seksual dan emosi.









Sunday, December 8, 2019

DEFINISI PENDERAAN KANAK-KANAK

DEFINISI PENDERAAN

Penderaan bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Antara jenis-jenis penderaan ialah penderaan fizikal. Penderaan fizikal ialah keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggunjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak didera dari segi fizikal disebabkan oleh faktor-faktor yang berlainan oleh orang terdekat mereka.
Selain itu, jenis penderaan yang kedua ialah penderaan seksual. Penderaan seksual ialah penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahami oleh kanak-kanak dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya dengan arif atau yang melanggar undang-undang atau kezaliman masyarakat. Kanak-kanak akan dieksploitasi bahagian sulit, dirogol, dicabul kehormatan, didedahkan bahagian sulit ataupun ditunjukkan bahan-bahan lucah. Kebanyakan kes penderaan seksual berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Pendera adalah sebahagian daripada orang yang dikenali oleh kanak-kanak iaitu bapa, abang, bapa tiri, saudara mara dan sebagainya.

Di samping itu, jenis penderaan yang ketiga ialah penderaan emosi. Penderaan emosi ialah berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak memberi kasih sayang serta tidak mengambil peduli kepada kanak-kanak yang memerlukan sokongan, kasih sayang dan pengasuhan perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak sebegini ialah kanak-kanak yang tercedera secara emosi jika fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang berkenaan itu terjejas dengan ketara dan nyata, dan kita boleh melihatnya secara gangguan mental atau kelakuan yang merangkumi kegelisahan, kemurungan, suka bersendirian, kelakuan yang agresif atau perkembangan yang lambat.

Saturday, December 7, 2019

PUNCA BERLAKU PENDERAAN KANAK-KANAK

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak. Salah satu punca yang utama ialah masalah rumah tangga. Hubungan yang rapuh antara suami isteri yang disebabkan oleh pihak ketiga akan sering bergaduh atau lepaskan geram kepada kanak-kanak. Ibu bapa bergaduh di depan kanak-kanak akan mempengaruhi emosi kanak-kanak. Pertengkaran di antara mereka juga akan menyebabkan mereka mengabaikan kanak-kanak dari segi emosi dan keperluan asas. Lama kelamaan, keadaan ini akan menjadi satu penderaan kepada kanak-kanak.

Selain itu, masalah kewangan juga merupakan punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Kos hidu dan kadar penganguran masa kini di negara kita semakin meningkat. Ibu bapa yang mengalami pencarian rezeki yang tidak mencukupi akan mengahdapi tekanan hidup. Tekanan hidup akan menyebabkan emosi ibu bapa meletup dengan mudah terhadap kanak-kanak apabila kanak-kanak meminta duit belanja atau keinginan untuk membeli sesuatu. Penderaan akan berlaku dalam situasi seperti ini walaupun ibu bapa tidak berniat untuk mencederakan kanak-kanak. Satu situasi yang lain adalah ibu bapa bekerja di tempat lain dan mengupah penjaga untuk menjaga anak mereka. Apabila mereka tidak membayar upah atau lewat bayar penjaga akan marah dan mendera anak mereka.

 Punca yang seterusnya ialah masalah ketagihan dadah. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai masalah ketagihan dadah sering ada masalah mendera anak mereka. Hal ini disebabkan mereka akan lupa diri dan khayal setelah mengambil dadah mereka akan melupakan tanggungjawab dan keluarganya. Kanak-kanak akan diabaikan dan terpaksa menjaga diri sendiri. Kadangkala, ibu bapa yang mengalami ketagihan dadah akan hilang pertimbangan dan perikemanusiaan lalu mencederakan anak mereka. Mereka akan hilang kawalan dalam keadaan ini dan mendatangkan kemautan kepada anak mereka.

Thursday, December 5, 2019

KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK

Dalam kes penderaan kanak-kanak, pendera akan meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsa mereka. Kesan-kesan ini tidak mudah dihapuskan dan memerlukan masa yang panjang untuk menghapuskan kesan itu. Ada sebahagian kesan sudah tidak boleh ditanggalkan dan akan mengikut mangsa itu seumur hidupnya. Antara kesan kesannya ialah kesan penderaan fizikal. Penderaan fizikal akan meninggalkan parut-parut dan kecederaan di badan mangsa. Penderaan yang sangat serius akan menyebabkan kecacatan anggota badan kanak-kanak. Yang paling serius akan meragut nyawa kanak-kanak itu. Semua kecederaan ini boleh dilihat pada fizikal kanak-kanak tetapi ada kecederaan yang tidak dapat dilihat dengan mata. Ini merupakan parut yang tersembunyi dan kemungkinan besar sembunyi sehingga mangsa meningkat dewasa. Mangsa penderaan fizikal mudah terfikir untuk membunuh diri apabila mereka menghadapi masalah. Mereka juga mungkin terencat daya pembelajarannya, mengalami gangguan kelakuan, mempunyai imej diri yang buruk, penyalahgunaan dadah atau arak serta meluahkan perasaannya secara seksual. Semasa menghadapi risiko yang lebih besar, mereka akan mengalami kegelisahan, kemurungan, salah guna bahan, salah guna ubat-ubatan, dan masalah di sekolah ataupun di tempat kerja. Mereka sukar menjalinkan hubungan peribadi yang intim disebabkan kenangan silam mereka. Selain itu, orang dewasa yang didera semasa kanak-kanak biasanya akan meneruskan kitaran penderaan ini dengan mendera anak mereka sendiri.
Kesan yang kedua ialah kesan penderaan seksual mangsa penderaan seksual akan menghadapi masalah emosi terganggu yang serius. Mangsa akan mudah mempunyai tanggapan kronik bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan, kemurungan, sukar empunyai orang lain, menyalah dirinya sendiri, melakukan perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Mereka akan berasa diri sendiri sangat kotor dalam fizikal dan mental mudah mempunyai masalah psiokologi. Tambahan pula, mereka sukar untuk menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain kerana mereka sudah kehilangan daya untuk mempercayai orang lain. Kaji selidik peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah dan arak pada peringkat hidup yang kemudian. Selain itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual mungkin akan hamil dan berlakunya kes pembuangan bayi. Mereka juga mungkin akan dapat penyakit kelamin seperti HIV.
Kesan terakhir ialah penderaan emosi tidak serta merta meninggalkan tanda-tanda fizikal pada kanak-kanak. Sebaliknya, penderaan emosi merosakkan perasaan, nilai diri dan kebolehan kognitif kanak-kanak. Penderaan ini menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Akibat penderaan emosi boleh membinasakan jiwa dan berjangka panjang. Peningkatan risiko pola kemurungan, kerenggangan diri, kegelisahan, tanggapan bahawa harga dirinya rendah, hubungan yang sumbang atau bermasalah, kurang rasa empati seumur hidupnya. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan mudah berputus asa dalam semua perkara. Mereka tidak akan menghargai dan menyayangi diri sendiri. 

Wednesday, December 4, 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK

Untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak, bantuan daripada semua pihak sangat diperlukan. Ibu bapa yang menjadi punca utama penderaan kanak-kanak perlu diberikan banyak bantuan untuk mengurangkan kes-kes penderaan. Suami isteri haruslah mengambil khusus-khusus pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama setelah mereka berkahwin. Mereka harus sedar tanggungjawab untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia sebagai seorang ibu bapa. Mereka akan didedahkan cara menjaga anak mereka dan melayan pasangan mereka dengan baik melalui pendidikan ini. Ibu bapa juga mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjadi teladan yang baik kepada anak mereka. Apabila menghadapi tekanan, mereka harus menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling supaya tidak melepaskan tekanan mereka kepada pasangan dan anaknya.
Langkah kedua ialah guru-guru disekolah harus sentiasa memberi perhatian kepada murid apabila mendapati perubahan yang besar berlaku kepada seseorang murid. Guru perlu memberi kasih sayang kepada murid supaya mereka dapat meluahkan perasaan dan masalah mereka jika penderaan berlaku. Pihak sekolah pula boleh mencari pihak jawatan kuasa seperti polis juga mendapati kes penderaan berlaku kepada seorang murid. Pihak sekolah juga haruslah memupuk guru kaunseling suapaya bersabar dan berteliti supaya mendapat kepercayaan murid-murid.
Langkah yang ketiga ialah peranan masyarakat dalam mengatasi masalah penderaan kanak-kanak juga penting. Masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Kita perlu membuang sikap yang mementingkan diri sendiri. Jika mendapati ada kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di sekeliling kita, kita hendaklah mengambil tindakan segera dan bukan memikirkan perkara ini dan boleh diabaikan. Masyarakat juga harus peka dengan keadaan sekeliling dan segera melaporkan kepada polis apabila mengesankan kes penderaan kanak-kanak berlaku. Selain daripada itu, masyarakat juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian, supaya masyarakat kita menjadi orang yang mulia dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.
Langkah-langkah yang terakhir ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada orang berani menjalankan penderaan kanak-kanak. Pendera yang bersalah harus dijatuhkan hukuman yang berak untuk mengingatkan masyarakat tentang akibat seseorang melakukan jenayah ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan "Kempen Keluarga Bahagia" untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam menubuhkan sebuah keluarga yang bahagia. 

Tuesday, December 3, 2019

KESIMPULAN PENDERAAN KANAK-KANAK

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu kelakuan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Kanak-kanak adalah asep penting negara pada masa yang akan datang. Mendera asep penting negara bermakna memusnahkan negara kita dan diri sendiri. Semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat, dan kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawab dan berusaha untuk mengurangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di malaysia.






      Related image     Image result for gambar penderaan kanak-kanak di malaysia

Monday, December 2, 2019

RUJUKAN

Helmi. (2014). Penderaan Kanak-kanak: Konsep dan Teori. Rujuk dari:
http://pts.com.my/berita/penderaan-kanak-kanak-konsep-dan-teori 
Dr. Irene C. (2012). Penderaan Kanak-kanak. Rujuk dari:
Dr. Irene C. (2012). Penderaan Fizikal. Rujuk dari:
Unicef Malaysia. (2010). Penderaan Kanak-kanak: Penderaan Fizikal. Rujuk dari: https://www.unicef.org/malaysia/GetonBoard-Fakta-Penderaan-Fizikal.pdf
Unicef Malaysia. (2010).Penderaan Kanak-kanak: Penderaan Seksual. Rujuk dari:
Unicef Malaysia. (2010). Penderaan Kanak-kanak: Pengabaian. Rujuk dari: 
Jie Fei. (2016). Punca Berlakunya Kes Penderaan Kanak-kanak dan cara-cara menangani masalah ini. Rujuk dari:



Friday, November 15, 2019

DEFINISI TINGKAH LAKU




Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara langsung atau tidak, secara tidak sedar atau separuh sedar. Iman Al-Ghazali pula menyatakan bahawa tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Beliau menekankan bahawa setiap tingkah laku manusia atau kanak-kanak adalah berasaskan dorongan dan tujuan. 
Umumnya tingkah laku boleh didefinisikan sebagai aktiviti atau perilaku atau gerak geri seseorang individu yang boleh dilihat atau diperhatikan oleh orang lain. Ianya merangkumi aktiviti fizikal seperti berlari, bercakap atau menggunakan bahasa isyarat, aktiviti membaca dan menulis, aktiviti bermain sambil berkongsi atau berkerjasama, aktiviti rutin seperti makan dan tidur.

Tuesday, November 12, 2019

FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAIT RAPAT DENGAN MASALAH TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi tigkah laku kanak-kanak seperti faktor fizikal, sosioemosi, kognitif dan bahasa.

1) Fizikal
  • Sakit
  • Keletihan
  • Lapar atau tidak cukup makan
  • Kurang aktiviti fizikal menyebabkan restless
  • Ketidakupayaan fizikal
  • Masalah deria
  • Diabaikan atau didera
 2) Sosioemosi
  • Kurang kasih sayang, penjagaan dan penerimaan
  • Tertekan
  • Rasa kecewa
  • Kuarang keyakinan diri dan kendiri yang rendah
  • Takut atau kebimbangan yang melampau
  • Kemiskinan dan kesengsaraan
3) Kognitif dan Bahasa
  • Masalah bahasa menyebabkan sukar untuk meluahkan perasaan dan kemarahan
  • Masalah pembelajaran
  • Kurang daya tumpuan
  • Rangsangan berlebihan
  • Sentiasa gagal atau gagal yang berterusan 

Sunday, November 10, 2019

TEORI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


1) Teori Pembelajaran Sosial. 
  • Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan menirunya dari dewasa atau orang lain.Contohnya, kanak-kanak yang mendengar orang dewasa memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata yang kesat, ia akan menirunya dan melakukan yang sama pada orang lain. Begitu juga sekiranya kanak-kanak yang sering mendengar ucapan terima kasih dari orang dewasa atau rakannya, ia juga akan mengucapkannya. 
  • Seorang pendidik atau pengasuh perlu menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak. Elakkan dari perbuatan menjerit dan memarahi kanak-kanak. Perbuatan ini akan diperhati dan ditiru oleh kanak-kanak, kerana pendidik atau pengasuh merupakan modal tingkah laku kanak-kanak.
2) Teori Tingkah Laku.
  • Teori ini menyatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan boleh dibahagi kepada dua iaitu pengukuhan positif atau pengukuhan negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya. 
  • Pendidik perlu memberikan lebih banyak pengukuhan kepada tingkah laku yang positif berbanding dengan tingkah laku yang bermasalah. Selalunya kanak-kanak yang bertingkah laku baik dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
3) Teori Self-fulfilling Prophecy
  • Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi  tingkah laku kanak-kanak. Jika kita melebel kanak-kanak sebagai nakal maka kanak-kanak itu akan menjadi nakal. Jika kita melebel kanak-kanak itu baik maka kanak-kanak itu akan menjadi baik.

Friday, November 8, 2019

MENGENALI DAN MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


Cara menunjukkan pengiktirafan:

1) Beri senyuman untuk menunjukkan penerimaan atau persetujuaan.
2) Beri pelukkan atau sentuhan pada bahu atau tangan.
3) Beri pujian, dorongan, kata-kata positif untuk menunjukan rasa bangga walaupun pada perkara yang sangat kecil, ataupun bagi usaha yang telah ditunjukkan(walaupun tidak berjaya).
4) Beri tahu kepada rakan-rakan, dan ibu bapa dihadapan kanak-kanak.
5) Minta rakan tepuk tangan.

Thursday, November 7, 2019

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


1) Tingkah laku yang boleh dilihat (overt): merupakan tingkah laku fizikal atau verbal yang mana maksud atau sebabnya jelas. Orang lain dapat faham perbuatannya. Contohnya, kanak-kanak memanjat gelongsor, kita tahu tujuannya hendak memanjat gelongsor.
2) Tingkah laku yang tidak boleh dilihat (covert): merupakan perbuatan atau gerak geri kanak-kanak yang kita tidak diketahui maksud atau tujuannya. Contohnya seorang kanak-kanak memusingkan meja (meja yang boleh berpusing) kemudian meletakkan botol susunya di atas meja yang berpusing, mengambilnya kembali dan kemudian mengulangi perbuatan tadi. Tiada siapa yang tahu tujuan kanak-kanak melakukan perbuatan tersebut. 

Tuesday, November 5, 2019

JENIS GANGGUAN TINGKAH LAKU

1) Tingkah laku agresif dan antisosial
  • Memukul
  • Menggigit
  • Membaling objek pada orang lain
  • Mencederakan orang lain 
  • Menggunakan bahasa yang kesat dan kasar
  • Mengejek
  • Enggan berkongsi barang
  • Merasuah iaitu cuba mendapatkan persahabatan sesuatu dengan menggunakan duit
  • Mencuri 
  • Sering tidak mahu mengikut arahan yang diberi
 2) Tingkah laku yang menimbulkan gangguan
  • Mengoyak buku
  • Memecahkan dan merosakkan permainan atau alatan
  • Membuang mainan
  • Merosakkan kerja orang lain
 3) Tingkah laku kebergantungan
  • Menghisap jari
  • Kecing dalam seluar
  • Tidak mahu berenggang
  • Minta perhatian
  • Merengek
  • Menagis bila ditinggalkan
  • Berperangai
  • Tidak selaras dengan umurnya

Sunday, November 3, 2019

RUMUSAN

Apabila menangani masalah tingkah laku pendidik perlu memahami bagaimana kanak-kanak mendapat tingkah laku itu, adakah tingkah laku itu bermasalah atau memang itu sebahagian ciri-ciri kanak-kanak. Adalah lebih mudah mendisiplinkan kanak-kanak sekirannya mereka rasa disayangi terutama sekali apabila masalah tingkah laku itu berpunca dari kekurangan kasih sayang dalam tangki emosi kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu tangani dengan baik dan betul. Membiarkan tingkah laku bermasalah tanpa ditangani atau menangani tinglah laku dengan cara yang salah seperti sama ada terlalu kasar atau secara acuh tak acuh, kemungkinan akan menyebabkan masalah tingkah laku menjadi lebih rumit apabila usia kanak-kank meningkat kelak. Kita perlu mendisiplinkan kanak-kanak ke arah tingkah laku yang baik, tetapi bukan melalui hukuman.

Tuesday, October 29, 2019

PENGENALAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Unit ini memperkenalkan pengesanan awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pengesanan awal kanak-kanak amat penting bagi membantu kanak-kanak dan wajar dilakukan seawal usia mereka. Pengesanan pada waktu bayi baru lahir biasa dilakukan oleh doktor menerusi Ujian Appearance Pulse Grimace Activity Respiratory (APGAR). Pengesanan ini dilakukan dalam tempoh masa selepas bayi dilahirkan sehingga bayi berusia dua minggu. Pengesanan bayi juga bleh dilakukan apabila bayi lahir hingga bayi berusia dua tahun melalui ujian deria bagi menilai tahap pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Ujian deria dapat menentukan tahap pendengaran yang melibatkan pantulan moro (keadaan terkejut bila diberi rangsangan) dan tindak balas terhadap bunyi, suara atau kerincing.

Ujian deria juga dapat mengesan tahap penglihatan bayi. Jika kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti tidak mengelip mata dan gagal untuk mengekori pergerakan cahaya maka kes ini perlu dirujuk untuk ujian susulan pula. Ujian deria bagi menentukan tahap sentuhan boleh dikesan apabila kanak-kanak mengelak daripada dipeluk, melentikkan badannya apabila dipeluk dan tidak menunjukkan perkembangan yang seharusnya mengikut milestones perkembangan kanak-kanak.

Sunday, October 27, 2019

JENIS KEPERLUAN KHAS

Terdapat beberapa jenis keperluan khas seperti keperluan fizikal, deria, komunikasi, emosi, mental, tingkah laku, pembelajaran, kesihatan dan ketidakupayaan intelektual. Sebagai pendidik, kita mestilah mengetahui keperluan khas setiap kanak-kanak supaya dapat membantu mereka berkembang mengikut tahap kebolehan masing-masing. Kanak-kanak dengan ketidakupayaan fizikal mengalami kecacatan anggota akibat kemalangan, kelahiran atau akibat mengalami kronik.

Saturday, October 26, 2019

KEPERLUAN FIZIKAL

Keperluan kanak-kanak akan bergerak atau mobiliti kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh guru. Sekiranya kanak-kanak gagal menunjukkan keupayaan mobiliti pada tahap umur tertentu maka mereka perlu dirujuk ke hospital bagi mendapat nasihat pakar dan perkhidmatan sokongan daripada ahli terapi. Keadaaan fizikal kanak-kanak seperti kecacatan fizikal dan sumbing juga mempengaruhi keupayaan merea dalam kehidupan seharian.

Thursday, October 24, 2019

KEPERLUAN SENSORIAL(DERIA)

Kanak-kanak yang memiliki pancaindera yang sempurna boleh menghadapi kehidupan mereka mereka tanpa banyak masalah berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua kategori kanak-kanak ini memerlukan bantuan dalam kehidupan mereka.

Wednesday, October 23, 2019

KEPERLUAN BERKOMUNIKASI

Komunikasi penting dalam kehidupan kanak-kanak. Terdapat kanak-kanak yang lambat bercakap, mengahdapi masalah artikulasi, gagap, pelat dan sebagainya. Kanak-kanak golongan ini juga memerlukan perhatian segera daripada guru. Kanak-kanak yang mengalami kecelaruan komunikasi biasanya akan menghadapi masalah bahasa dan pertuturan. Apabila mereka tidak dapat bertutur maka lazimnya mereka juga tidak akan dapat menghasilkan bunyi atau suara yang boleh difahami oleh pendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa pla biasanya tidak dapat menghantar, menerima idea serta memahami mesej diberi. Kanak-kanak ini boleh berkomunikasi jika mereka diajar menggunakan simbol dan bahasa isyarat.

Monday, October 21, 2019

KEPERLUAN EMOSI DAN MENTAL

KEPERLUAN EMOSI

Kanak-kanak yang selalu menunjukkan ketakutan yang melampau juga perlu dibantu dari segi emosi.

KEPERLUAN MENTAL

Kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak yang menunjukkan ketidakupayaan intelektual juga memerlukan bantuan dan perhatian khusus daripada guru. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat pula memerlukan gaya pembelajaran yang berbeza supaya mereka mencapai tahap keupayaan yang maksimum dalam pendidikan yang disediakan.

Sunday, October 20, 2019

KEPERLUAN TINGKAH LAKU DAN PEMBELAJARAN

KEPERLUAN TINGKAH LAKU

Terdapat juga kanak-kanak yang memerlukan pengurusan tingkah laku dalam pembelajaran dan kehidupan. Kanak-kanak autistik, attention deficit hyperactive disorder (ADHD) atau gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan serta attention deficit disorder (ADD) biasanya tergolong dalam kategori ini dan melalui pengesanan awal mereka boleh dibantu.

KEPERLUAN PEMBELAJARAN

Kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri disleksia, diskalkulia, masalah pembelajaran spesifik dan pintar cerdas amat memerlukan perhatian dan bantuan.

Saturday, October 19, 2019

KEPERLUAN KESIHATAN DAN KETIDAKUPAYAAN INTELEKTUAL

KEPERLUAN KESIHATAN

Kanak-kanak yang akan mengalami masalah kesihatan dan kanak-kanak thalesemia serta leukimia juga memerlukan perhatian bagi membolehkan mereka membesar dengan sempurna.

KETIDAKUPAYAAN INTELEKTUAL

Ketidakupayaan intelektual berlaku apabila kanak-kanak mempunyai keupayaan intelek yang rendah, iaitu bawah 70. Kanak-kanak golongan ini menunjukkan keupayaan yang terhad dalam komunikasi, tidak mampu mengurus dan menjaga diri serta kurang kemahiran sosial, keselamatan dan kesihatan. Ketidakupayaan ini menyebabkan kanak-kanak perlu dibantu dalam kehidupan seharian dan ada antara mereka yang menunjukkan kemahiran urus diri yang rendah.

Saturday, October 5, 2019

PUNCA-PUNCA KETIDAKUPAYAAN

Ketidakupayaan boleh disebabkan oleh faktor seperti faktor biologikal, keadaan sebelum kelahiran, proses semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Punca ketidakupayaan disebabkan oleh faktor sebelum kelahiran berkemungkinan menjadi penyebab kepada anaemia, thalassemia, dan sebagainya. Masalah ini dikatakan berlaku sewaktu proses persenyawaan (sewaktu janin membesar dalam kandungan terutamanya tiga bulan yang pertama).

Ibu mengandung juga perlu menjaga pemakanan mereka bagi menjauhkan diri dari teratogen seperti asap rokok, dadah, arak, bahan toksik di persekitaran, mengurangkan aktiviti fizikal berat yang tidak bersesuaian dan aktiviti yang memberi teakanan. Bakal ibu perlu memastikan mereka telah mendapat pelalian rubella sebelum kehamilan bagi mengelakkan bayi yang dilahirkan mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran dan kerencatan akal. Ubat-ubatan yang diambil oleh ibu mengandung dan radiasi sinar x juga boleh menjadi punca ketidakupayaan.

Cerebral palsi atau kerosakan otak boleh berlaku di peringkat kandungan dan sewaktu proses kelahiran. Implikasinya adalah kanak-kanak berkeadaan lemah dan amat susah untuk bergerak. Ketidakupayaan ini juag boleh berpunca daripada penyakit dialami dan kemalangan selepas kelahiran.

Kanak-kanak awal umur boleh dikesan mempunyai keperluan khas melalui pelbagai tanda awal, antaranya ialah dari aspek:

  • fizikal
  • mata yang tidak jernih atau tidak bersinar
  • tidak suka atau tidak mahu melihat mata orang lain
  • hanya suka barang permainan tertentu sahaja
  • tidak boleh menguasai atau sangat lambat dalam penguasaan bahasa sehari-hari
  • hanya boleh mengulangi beberapa perkataan sahaja 
  • tidak suka berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka

Tuesday, October 1, 2019

GALLERY

AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK                                                     



                                               
                                                          AKTIVITI SUKANEKA
  






                           
                         
                              AKTIVITI BERSAMA SHOWME KIDS-KUALA TERENGGANU





                                                              

                                                             AKTIVITI TEATER





                                                  
                                     
                                                        AKTIVITI  MICROTEACHING