Tuesday, December 10, 2019

ABOUT US



Assalamualaikum semua! Selamat datang ke blog kami. Kami dari pelajar batch 9 yang belajar di Kolej Ketengah, Terengganu telah membuat blog dengan hasil kajian yang kami cari. Kami disini mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Di sini kami berkongsi tentang kanak-kanak iaitu penderaan kanak-kanak, tingkah laku kanak-kanak dan berkeperluan khas. Kami harap perkongsian kami dapat digunakan untuk anda semua.

Nama ahli kumpulan:
  • Nor Sya'irah Binti Mahadi
  • Nur Shahira Binti Razali
  • Nur Alyafarzana Binti Alias
  • Nuraini Atira Binti Aziz
Kami telah diberikan tugas untuk menyiapkan tugasan subjek KPK 2163 Teknologi Dan Komunikasi Sebagai Alat Rangsangan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak membuat dan mencipta blog ini. Kami harap anda semua dapat memberikan sokongan kepada tugasan kami!😇😍😎

Monday, December 9, 2019

PENGENALAN PENDERAAN KANAK-KANAK




Anak-anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai kepada ibu bapa. Bayi yang baru lahir diibaratkan sebagai kain putih yang memerlukan orang dewasa iaitu ibu bapa melakar untuk menjadi sebuah lukisan yang ceria dan indah supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna kepada negara. Kanak-kanak merupakan masa depan manusia kerana tiada orang boleh hidup berabadi. Namun, ada manusia yang tidak menghargai anugerah ini. Mereka menjaga anak-anak dengan sesuka hati ataupun langsung tidak menjaga anak-anak mereka. Pada era globalisasi kini, kita sering disajikan dengan kes-kes penderaan yang berlaku pada masa yang terdekat ini. Kita sering melihat kes-kes penderaan disiarkan didalam akhbar, media massa dan corong-corong radio. Orang yang berperikemanusiaan akan berasa marah dan sedih dengan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Penderaan terbahagi kepada 3 jenis iaitu penderaan fizikal,seksual dan emosi.









Sunday, December 8, 2019

DEFINISI PENDERAAN KANAK-KANAK

DEFINISI PENDERAAN

Penderaan bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Antara jenis-jenis penderaan ialah penderaan fizikal. Penderaan fizikal ialah keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggunjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak didera dari segi fizikal disebabkan oleh faktor-faktor yang berlainan oleh orang terdekat mereka.
Selain itu, jenis penderaan yang kedua ialah penderaan seksual. Penderaan seksual ialah penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahami oleh kanak-kanak dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya dengan arif atau yang melanggar undang-undang atau kezaliman masyarakat. Kanak-kanak akan dieksploitasi bahagian sulit, dirogol, dicabul kehormatan, didedahkan bahagian sulit ataupun ditunjukkan bahan-bahan lucah. Kebanyakan kes penderaan seksual berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Pendera adalah sebahagian daripada orang yang dikenali oleh kanak-kanak iaitu bapa, abang, bapa tiri, saudara mara dan sebagainya.

Di samping itu, jenis penderaan yang ketiga ialah penderaan emosi. Penderaan emosi ialah berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak memberi kasih sayang serta tidak mengambil peduli kepada kanak-kanak yang memerlukan sokongan, kasih sayang dan pengasuhan perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak sebegini ialah kanak-kanak yang tercedera secara emosi jika fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang berkenaan itu terjejas dengan ketara dan nyata, dan kita boleh melihatnya secara gangguan mental atau kelakuan yang merangkumi kegelisahan, kemurungan, suka bersendirian, kelakuan yang agresif atau perkembangan yang lambat.

Saturday, December 7, 2019

PUNCA BERLAKU PENDERAAN KANAK-KANAK

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak. Salah satu punca yang utama ialah masalah rumah tangga. Hubungan yang rapuh antara suami isteri yang disebabkan oleh pihak ketiga akan sering bergaduh atau lepaskan geram kepada kanak-kanak. Ibu bapa bergaduh di depan kanak-kanak akan mempengaruhi emosi kanak-kanak. Pertengkaran di antara mereka juga akan menyebabkan mereka mengabaikan kanak-kanak dari segi emosi dan keperluan asas. Lama kelamaan, keadaan ini akan menjadi satu penderaan kepada kanak-kanak.

Selain itu, masalah kewangan juga merupakan punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Kos hidu dan kadar penganguran masa kini di negara kita semakin meningkat. Ibu bapa yang mengalami pencarian rezeki yang tidak mencukupi akan mengahdapi tekanan hidup. Tekanan hidup akan menyebabkan emosi ibu bapa meletup dengan mudah terhadap kanak-kanak apabila kanak-kanak meminta duit belanja atau keinginan untuk membeli sesuatu. Penderaan akan berlaku dalam situasi seperti ini walaupun ibu bapa tidak berniat untuk mencederakan kanak-kanak. Satu situasi yang lain adalah ibu bapa bekerja di tempat lain dan mengupah penjaga untuk menjaga anak mereka. Apabila mereka tidak membayar upah atau lewat bayar penjaga akan marah dan mendera anak mereka.

 Punca yang seterusnya ialah masalah ketagihan dadah. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai masalah ketagihan dadah sering ada masalah mendera anak mereka. Hal ini disebabkan mereka akan lupa diri dan khayal setelah mengambil dadah mereka akan melupakan tanggungjawab dan keluarganya. Kanak-kanak akan diabaikan dan terpaksa menjaga diri sendiri. Kadangkala, ibu bapa yang mengalami ketagihan dadah akan hilang pertimbangan dan perikemanusiaan lalu mencederakan anak mereka. Mereka akan hilang kawalan dalam keadaan ini dan mendatangkan kemautan kepada anak mereka.

Thursday, December 5, 2019

KESAN-KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK

Dalam kes penderaan kanak-kanak, pendera akan meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsa mereka. Kesan-kesan ini tidak mudah dihapuskan dan memerlukan masa yang panjang untuk menghapuskan kesan itu. Ada sebahagian kesan sudah tidak boleh ditanggalkan dan akan mengikut mangsa itu seumur hidupnya. Antara kesan kesannya ialah kesan penderaan fizikal. Penderaan fizikal akan meninggalkan parut-parut dan kecederaan di badan mangsa. Penderaan yang sangat serius akan menyebabkan kecacatan anggota badan kanak-kanak. Yang paling serius akan meragut nyawa kanak-kanak itu. Semua kecederaan ini boleh dilihat pada fizikal kanak-kanak tetapi ada kecederaan yang tidak dapat dilihat dengan mata. Ini merupakan parut yang tersembunyi dan kemungkinan besar sembunyi sehingga mangsa meningkat dewasa. Mangsa penderaan fizikal mudah terfikir untuk membunuh diri apabila mereka menghadapi masalah. Mereka juga mungkin terencat daya pembelajarannya, mengalami gangguan kelakuan, mempunyai imej diri yang buruk, penyalahgunaan dadah atau arak serta meluahkan perasaannya secara seksual. Semasa menghadapi risiko yang lebih besar, mereka akan mengalami kegelisahan, kemurungan, salah guna bahan, salah guna ubat-ubatan, dan masalah di sekolah ataupun di tempat kerja. Mereka sukar menjalinkan hubungan peribadi yang intim disebabkan kenangan silam mereka. Selain itu, orang dewasa yang didera semasa kanak-kanak biasanya akan meneruskan kitaran penderaan ini dengan mendera anak mereka sendiri.
Kesan yang kedua ialah kesan penderaan seksual mangsa penderaan seksual akan menghadapi masalah emosi terganggu yang serius. Mangsa akan mudah mempunyai tanggapan kronik bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan, kemurungan, sukar empunyai orang lain, menyalah dirinya sendiri, melakukan perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Mereka akan berasa diri sendiri sangat kotor dalam fizikal dan mental mudah mempunyai masalah psiokologi. Tambahan pula, mereka sukar untuk menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain kerana mereka sudah kehilangan daya untuk mempercayai orang lain. Kaji selidik peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah dan arak pada peringkat hidup yang kemudian. Selain itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual mungkin akan hamil dan berlakunya kes pembuangan bayi. Mereka juga mungkin akan dapat penyakit kelamin seperti HIV.
Kesan terakhir ialah penderaan emosi tidak serta merta meninggalkan tanda-tanda fizikal pada kanak-kanak. Sebaliknya, penderaan emosi merosakkan perasaan, nilai diri dan kebolehan kognitif kanak-kanak. Penderaan ini menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Akibat penderaan emosi boleh membinasakan jiwa dan berjangka panjang. Peningkatan risiko pola kemurungan, kerenggangan diri, kegelisahan, tanggapan bahawa harga dirinya rendah, hubungan yang sumbang atau bermasalah, kurang rasa empati seumur hidupnya. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan mudah berputus asa dalam semua perkara. Mereka tidak akan menghargai dan menyayangi diri sendiri. 

Wednesday, December 4, 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK

Untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak, bantuan daripada semua pihak sangat diperlukan. Ibu bapa yang menjadi punca utama penderaan kanak-kanak perlu diberikan banyak bantuan untuk mengurangkan kes-kes penderaan. Suami isteri haruslah mengambil khusus-khusus pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama setelah mereka berkahwin. Mereka harus sedar tanggungjawab untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia sebagai seorang ibu bapa. Mereka akan didedahkan cara menjaga anak mereka dan melayan pasangan mereka dengan baik melalui pendidikan ini. Ibu bapa juga mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjadi teladan yang baik kepada anak mereka. Apabila menghadapi tekanan, mereka harus menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling supaya tidak melepaskan tekanan mereka kepada pasangan dan anaknya.
Langkah kedua ialah guru-guru disekolah harus sentiasa memberi perhatian kepada murid apabila mendapati perubahan yang besar berlaku kepada seseorang murid. Guru perlu memberi kasih sayang kepada murid supaya mereka dapat meluahkan perasaan dan masalah mereka jika penderaan berlaku. Pihak sekolah pula boleh mencari pihak jawatan kuasa seperti polis juga mendapati kes penderaan berlaku kepada seorang murid. Pihak sekolah juga haruslah memupuk guru kaunseling suapaya bersabar dan berteliti supaya mendapat kepercayaan murid-murid.
Langkah yang ketiga ialah peranan masyarakat dalam mengatasi masalah penderaan kanak-kanak juga penting. Masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Kita perlu membuang sikap yang mementingkan diri sendiri. Jika mendapati ada kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di sekeliling kita, kita hendaklah mengambil tindakan segera dan bukan memikirkan perkara ini dan boleh diabaikan. Masyarakat juga harus peka dengan keadaan sekeliling dan segera melaporkan kepada polis apabila mengesankan kes penderaan kanak-kanak berlaku. Selain daripada itu, masyarakat juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian, supaya masyarakat kita menjadi orang yang mulia dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.
Langkah-langkah yang terakhir ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada orang berani menjalankan penderaan kanak-kanak. Pendera yang bersalah harus dijatuhkan hukuman yang berak untuk mengingatkan masyarakat tentang akibat seseorang melakukan jenayah ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan "Kempen Keluarga Bahagia" untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam menubuhkan sebuah keluarga yang bahagia. 

Tuesday, December 3, 2019

KESIMPULAN PENDERAAN KANAK-KANAK

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu kelakuan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Kanak-kanak adalah asep penting negara pada masa yang akan datang. Mendera asep penting negara bermakna memusnahkan negara kita dan diri sendiri. Semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat, dan kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawab dan berusaha untuk mengurangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di malaysia.






      Related image     Image result for gambar penderaan kanak-kanak di malaysia

Monday, December 2, 2019

RUJUKAN

Helmi. (2014). Penderaan Kanak-kanak: Konsep dan Teori. Rujuk dari:
http://pts.com.my/berita/penderaan-kanak-kanak-konsep-dan-teori 
Dr. Irene C. (2012). Penderaan Kanak-kanak. Rujuk dari:
Dr. Irene C. (2012). Penderaan Fizikal. Rujuk dari:
Unicef Malaysia. (2010). Penderaan Kanak-kanak: Penderaan Fizikal. Rujuk dari: https://www.unicef.org/malaysia/GetonBoard-Fakta-Penderaan-Fizikal.pdf
Unicef Malaysia. (2010).Penderaan Kanak-kanak: Penderaan Seksual. Rujuk dari:
Unicef Malaysia. (2010). Penderaan Kanak-kanak: Pengabaian. Rujuk dari: 
Jie Fei. (2016). Punca Berlakunya Kes Penderaan Kanak-kanak dan cara-cara menangani masalah ini. Rujuk dari: